Tuesday, February 15, 2011

Tanpa Cinta

Tanpa cinta
aku boleh hidup
aku boleh makan dan minum

Tanpa cinta
aku boleh berdiri di sini
malah disana
berjalan-jalan ikut
kemahuanku

Tanpa cinta
aku boleh berdikari
tanpa mengharapkan sesiapa
aku boleh terjengket-jengket
membawa barangku
aku mampu menarik beg
meskipown beberapa kali terjatuh
aku xkan menyusahkan sesiapa

Tanpa cinta
aku tidak perlu
menggadaikan maruah
tidak ada tangan-tangan yang menyentuhku

Tanpa cinta
aku boleh menjadi matang
lebih dewasa mengenali diri

Tanpa cinta
aku boleh lagi berbangga
kerana aku tidak sama
dengan mereka
mereka yang tidak boleh
hidup tanpa cinta

Tanpa cinta
aku tidak perlu menangis
kerana lelaki
tapi bodoh orang itu
orang yang tidak boleh hidup
TANPA CINTA

No comments:

Post a Comment